Alam sekitar hanya pinjaman
Read this...
|
Mahadi Mohamad
menikmati keindahan sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar seoul, yang
asalnya sangat kotor dan berlumpur tetapi berjaya dipulihkan secara bersama
seluruh rakyat korea Selatan.
|
TOKOH
alam sekitar terkemuka negara yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, environmentalisme
atau alam sekitar menurut Islam adalah berasaskan kepada ajaran tauhid atau
kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan.
Menurutnya,
agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan
tuhan. Menurut sebuah hadis Rasulullah, misi kerasulannya adalah menyempurnakan
akhlak yang mulia.
"Berasaskan
dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.
"Konsep
manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak
Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu.
Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah," katanya.
Kata-katanya
ini adalah petikan dalam kertas kerja oleh Mohamad Syafiqe Abdul Rahim dari
Jabatan Syariah & Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
(2008). Ia bagi menjelaskan betapa erat dan rapatnya hubungan manusia dengan
alam sekitar.
Malah
menurut Mohd. Syafiqe, ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan
daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati
daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973).
"Dengan
ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia
dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi," katanya.
Namun
fenomena ombak besar tsunami di Jepun, gempa bumi di New Zealand, kebakaran
hutan di Australia, banjir dan hujan lebat di Arab Saudi dan berlakunya
pelbagai lagi musibah alam sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai petanda
dan petunjuk.
Adakah
kita benar-benar menuju ke akhir zaman yang Allah rahsiakan masa kejadiannya?
Apa yang jelas, alam ini mampu berakhir hanya dengan dengan kerosakan yang
diciptakan oleh manusia selaku penghuni alam ini sendiri.
Masih
rendah
Kerosakan
tersebut apabila bumi disifatkan sedang mengalami proses tua angkara radang
kepanasan disebabkan kesan pemanasan global. Juga kesan rumah hijau (green
house effect) yang berpunca daripada pelbagai kesan pencemaran alam sekitar
yang berlaku di seluruh pelosok bumi.
"Bumi
telah lama dirosakkan oleh kemajuan industri dan teknologi yang sangat pesat
sehinggakan ibu bumi tidak lagi mampu menampung kesan dari harga kemodenan
ini," kata Presiden Malaysia Go-Green Inisiative, Mahadi Mohamad.